Monday, January 14, 2019

Had Deria Pendengaran

Had Deria Pendengaran ialah had keupayaan telinga untuk mendengar bunyi.Kita hanya dapat mendengar bunyi yang berfrekuensi antara julat 20Hz hingga 20000Hz.Telinga kita tidak dapat mengesan bunyi yang berfrekuensi di luar daripada julat frekuensi ini.Julat frekuensi pendengaran seorang individu adalah berbeza.Apabila usia seseorang semakin meningkat,julat frekuensi pendengarnnya menjadi semakin kecil kerana gegendang telinganya menjadi semakin kurang kenyal .Antara alat yang telah dicipta dan digunakan untuk mengatasi had pendengaran adalah seperti yang7 ditunjukan dalam foto 1.1:













Stetoskop membantu kita mendengar                                           Pembesar Suara menguatkan bunyi
                                                                                                      supaya dapat didengar dari jauh.
denyutan jantung.


Contoh Foto 1.1 Contoh alat yang digunakan untuk mengatasi had pendengaran


Kecacatan Pendengaran dan Cara Membetulkannya

Kecacatan pendengaran berlaku apabila deria pendengaran seseorang tidak berfungsi dengan sempurna.Kecacatan pendengaran lazimnya disebabkan oleh kerosaka telinga akibat jangkitan mikrooganisma,kecederaan,proses penuaan atau bunyi kuat yang berlarutan.

Kerosakan pada telinga luar dan telinga tengah lazimnya mudah dibetulkan.Misalnya,pembersihan bendasing yang tersumbat di dalam salur telinga.Gegendang telinga yang pecah dan kerosakan pada osikel pula boleh dibetulkan dengan menggunakan ubat ataupun pembedahan.Kerosakan pada telinga dalam pula lebih sukar untuk dibetulkan.Koklea yang rosak dapat dibetulkan dengan menggunakan implan koklea.Saraf auditori yang rosak masih tidak dapat dibetulkan dengan menggunakan iimplan koklea.Saraf auditori yang rosak masih tidak dapat dibetulkan dengan menggunakan ubat ataupun pembedahan.

Gambar Foto 1.16 kemajuan alat bantuan pendengaran:



No comments:

Post a Comment